Thursday 18 July 2013

Saat-saat Melafaz nikah

Upacara melafazkan nikah oleh pengantin lelaki dengan ayah pengantin perempuan
 
Pada hari Jumaat pukul 3:00 petang, majlis pernikahan telah di adakan di rumah No 30 Jalan Ferum Dua Seksyen 7 Shah Alam.  Kedatangan rombongan keluarga Aizuddin, diiringi ayah dan umi, Tuan Haji Ali dan Hajah Che Mahiran, dan saudara-mara, disambut dengan penuh penuh kesyukuran.

 Bermula dengan jurunikah memberi khutbah..

Semua bersedia..
 Ayah berkata: "Aku nikahkan dikau..."

Aizuddin berkata:"Aku terima nikahnya...."

 "..bagaimana saksi.. sah?"

"Alhamdulillah..!!"

"Tahniah Mona..."
 
dengan disaksikan oleh...
 
 
Saksi 1 - Azman (adik ayahanda pengantin perempuan)
Saksi 2 - Mu'adz (adik pengantin perempuan)


No comments:

Post a Comment